Beri atau pinjam, soal Syed Saddiq berhubung agihan peranti pelajar universiti

Beri atau pinjam, soal Syed Saddiq berhubung agihan peranti pelajar universiti

Presiden MUDA itu pada mulanya beranggapan peranti itu diberikan, namun dimaklumkan perlu dipulangkan semula selepas pelajar tamat pengajian.

Contoh peranti mudah alih yang dimuatnaik dalam Twitter milik Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa, minggu lalu.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan sama ada komputer tablet disediakan merupakan pemberian atau pinjaman kepada pelajar universiti dari keluarga berpendapatan rendah.

“Ingat beri laptop (komputer riba), rupanya bagi pinjam sahaja,” kata Syed Saddiq dalam Twitter.

“Mula-mula ingatkan skim pemberian, tapi skim pinjaman ya pelajar-pelajar. Berkali-kali saya ingatkan jangan kelirukan pelajar-pelajar & mak ayah.

“Kenapa syarat yang penting macam ni (ini) dikeluarkan lambat?,” katanya presiden MUDA itu.

FMT sedang mendapatkan komen daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa dan pembantunya.

Dalam bajet 2022 yang dibentangkan pada Nov lalu, kerajaan berjanji akan mengagihkan bantuan komputer tablet kepada pelajar dari keluarga B40. Kira-kira 400,000 dijangka mendapat manfaat itu.

Semalam, Annuar berkata, tablet yang dijangka diagihkan pada minggu kedua Jun, perlu dipulang selepas mereka menamatkan pengajian.

Pada Khamis, beliau berkata, perincian skim pengagihan itu akan diumumkan selepas dimuktamadkan kementerian kewangan berhubung perolehan peranti berkenaan. Beliau berkata, proses tender akan selesai pada minggu depan.

“Apa sahaja persoalan dibangkitkan akan dipertimbangkan,” katanya di Twitter.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.