
Ia juga menawarkan peluang untuk mereka menyertai revolusi usahawan dalam talian yang semakin berkembang.
Dari gerai tepi jalan hingga kiosk di pusat beli-belah, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah nadi setiap ekonomi, mewakili 98.5% daripada semua perniagaan di negara ini.
Dalam tempoh 10 tahunnya yang gemilang, Lazada memainkan peranan penting dalam memupuk pertumbuhan PKS dan mewujudkan peluang baharu bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Dari permulaannya yang sederhana sebagai perintis dalam dunia e-dagang pada 2012, perkembangan Lazada sangat menakjubkan.
Dengan menawarkan perkhidmatan kepada lebih 130 juta pengguna aktif di seluruh Asia Tenggara setiap tahun dengan satu antara tiga rakyat Malaysia membeli-belah di platformnya, Lazada boleh menganggap dirinya sebagai salah satu daripada perkhidmatan penting di Malaysia.
Ia tidak terpisah daripada kehidupan pelanggannya dan memberi manfaat kepada usahawan merentas ekonomi.
Pada suku akhir 2021, hampir separuh daripada penjual dalam talian Lazada di rantau ini menyaksikan lonjakan 10% dalam hasil jualan mereka.

Acara beli-belah revolusioner seperti Kempen Mega 11.11 dan 12.12 menjadi sebati dalam budaya popular tempatan, di samping menawarkan peluang kepada penjual untuk menambah hasil bulanan mereka sehingga dua atau tiga kali ganda.
Mengikut jejak kempen-kempen lalu yang mencapai kejayaan dan meningkatkan ekonomi digital tempatan, hampir setengah juta pelanggan tempatan menyertai Jualan Ulang Tahun Ke-10 Epik Lazada baru-baru ini.
Ia membolehkan ramai penjual meningkatkan jualan mereka berlipat kali ganda. Ada penjual paling laris yang berjaya mencapai jualan sehingga enam angka pada hari pertama sahaja.
Seperti kempen-kempen sebelum ini yang membuahkan hasil yang lumayan, acara itu menyaksikan peningkatan lebih 100% penyertaan penjual tempatan dalam jualan mega, dengan ramai dapat menggandakan hasil jualan berbanding dua tahun lepas ketika wabak Covid-19 mula melanda.
“Kejayaan ini dikaitkan dengan populasi digital yang semakin berkembang di negara ini yang menyaksikan kegiatan beli-belah secara dalam talian menjadi arus perdana dan sebati dengan gaya hidup harian dengan norma baharu,” kata COO Lazada Malaysia Darren Rajaratnam.
Kategori produk berkaitan kesihatan mencatat jualan tertinggi dengan penjual mendapat manfaat apabila pembelian meningkat hampir lebih 300% dalam tempoh Kempen Mega berbanding hari biasa, sekali gus menggandakan angka jualan kategori itu pada 2021.
Lazada baru-baru ini mengumumkan hasil kajian pengguna serantau yang menunjukkan bahawa sebilangan besar pembeli Malaysia (80%) kini menganggap kegiatan beli-belah dalam talian penting dalam kehidupan seharian mereka. Sebanyak 78% mengenal pasti Kempen Mega E-Dagang sebagai faktor penting yang membentuk tingkah laku pembelian mereka, yang mendorong 86% pengguna digital membuat pembelian dalam talian sekurang-kurangnya sebulan sekali.
“Fesyen kekal menjadi kategori utama bagi pembelian dalam talian dalam kalangan pengguna tempatan, iaitu pada tahap 57%, begitu juga kesihatan dan kecantikan.
“Ini diikuti kategori rumah dan gaya hidup pada 55%, dan peralatan elektronik, peranti digital, gajet, serta aksesori masing-masing lebih 40%.
“Sebanyak 48% pengguna tempatan setuju bahawa Lazada menyokong penjual tempatan dan ini adalah perkembangan yang optimistik,” kata Darren.
Kajian Pengguna Lazada serantau yang pertama ini dijalankan dengan kerjasama Milieu Insight untuk Ulang Tahun Ke-10 Lazada bagi mengenal pasti tingkah laku pembelian dalam talian 6,000 pengguna.
Ia dijalankan pada Januari 2022 merentas enam pasaran termasuk Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam, dan Filipina.

10 Tahun Seterusnya: Menjadikan Perniagaan Tempatan Kalis Masa Depan dan Menyokong Pertumbuhan Ekonomi
Bagi menyokong matlamat dan komitmen untuk membantu lebih ramai usahawan tempatan mengembangkan perniagaan dalam talian, Lazada akan melancarkan perkhidmatan nilai tambah untuk penjual sebagai sebahagian daripada program baharunya yang memberi insentif kepada penjual di platformnya.
Penjual yang memenuhi kriteria prestasi cemerlang berdasarkan faktor-faktor seperti maklum balas pelanggan, ulasan dan sebagainya, akan mendapat ganjaran pendedahan yang dipertingkatkan, diskaun eksklusif dan faedah lain.
“Penjual adalah nadi ekosistem kami dan objektif inisiatif ini adalah untuk mengiktiraf dan memberi insentif kepada penjual yang memberi sumbangan dalam mengekalkan standard kepuasan pelanggan yang tinggi dengan menyenaraikan pilihan yang relevan dan berkualiti, memenuhi pesanan tepat pada masanya dan sebagainya.
“Menerusi pendedahan yang dipertingkatkan, penjual bukan sahaja dapat menikmati peningkatan hasil, tetapi pada masa yang sama dapat meningkatkan penarafan produk mereka.
“Tambahan lagi pembeli juga akan mendapat manfaat daripada pengalaman membeli-belah dalam talian yang terbaik,” kata Darren.
Selain itu, bagi perniagaan fizikal yang ingin beralih ke ruang digital, Lazada melancarkan Pakej “Kickstarter” Penjual Baharu Hari-Harimau pada Februari.
Menerusi pakej ini, usahawan yang ingin menceburi ruang digital akan menerima faedah eksklusif termasuk:
- Tiada kos persediaan, yuran komisen 0%, pengecualian yuran pembayaran 2%, dan perkhidmatan penghantaran percuma
- Kredit iklan percuma untuk penemuan ditaja bernilai RM150 dan trafik dan pendedahan eksklusif di halaman kempen Hari-Harimau
Pakej itu juga termasuk akses percuma kepada rangkaian teknologi Lazada dan kit alatan digital yang inovatif seperti alatan Pengurusan Penglibatan Pelanggan (CEM), bimbingan langsung daripada Universiti Lazada serta insentif logistik dan kewangan untuk mengurangkan kos operasi.
Pakej “Kickstarter” Penjual Baharu Hari-Harimau hanya tersedia hingga Disember tahun ini, jadi ini adalah masa terbaik untuk membawa perniagaan anda ke dalam talian yang disokong oleh platform dengan alatan yang tepat, rekod prestasi dan komitmen untuk melabur dalam kejayaan anda pada masa akan datang.