
KKM turut melaporkan 19,105 kes Covid-19 dan termasuk 14,840 penularan tempatan dan 104 kes import.
Daripada jumlah kematian itu, enam korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,259.
Putrajaya mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu enam kes, diikuti Johor, Kedah dan Sarawak (masing-masing empat), Pahang dan Perak (masing-masing tiga), Melaka dan Selangor (masing-masing dua) serta Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Terengganu (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Sabah dan Labuan.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 158,439 kes aktif dilaporkan, termasuk 206 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 109 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 14,045 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 4,307,529.