36 kematian baharu Covid-19, 11,994 kes

36 kematian baharu Covid-19, 11,994 kes

Sebanyak sembilan kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) semalam.

Sebanyak 36 kes kematian Covid-19 direkodkan semalam dengan 9 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 36 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

KKM turut melaporkan 11,994 kes Covid-19 meliputi 11,969 penularan tempatan dan 25 kes import.

Daripada jumlah kematian itu, sembilan kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,228.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu sembilan kes, diikuti Perak dan Sarawak (masing-masing lima); Johor dan Pulau Pinang (masing-masing empat); Terengganu dan Putrajaya (masing-masing dua) serta Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah, dan Kuala Lumpur (masing-masing satu)

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Kelantan, Perlis, dan Labuan.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 157,571 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 197 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 108 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 16,603 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 4,292,585.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.