
Ketua Polis Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik pengurusan bangunan terbabit mendapati suspek tiba di kawasan berkenaan pada jam 1.57 tengah hari Selasa dengan menunggang motosikal Yamaha Lagenda 115 ZR.
“Suspek telah parkir motosikal di tempat meletak kenderaan di aras bawah Tamarind Square dan berjalan kaki menghala ke kali lima bangunan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Bertindak atas maklumat katanya, polis pergi ke alamat di Taman Putra Perdana, Puchong dan berjaya menahan lelaki berusia 20 tahun itu serta merampas barang kes yang digunakan oleh suspek semasa kejadian.
Terdahulu, polis memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kes cabul di Tamarind Square, Cyberjaya, semalam.
Ia susulan laporan polis dibuat seorang mangsa, iaitu wanita berumur 27 tahun yang didatangi suspek di ruang parkir bangunan berkenaan.
Terdahulu, seorang pengguna media sosial memaklumkan terdapat dua kes cabul dilakukan di Tamarind Square oleh suspek yang sama semalam.