4 penyelam warga asing hilang di Mersing

4 penyelam warga asing hilang di Mersing

Mereka terdiri dua warga Britain dan masing-masing seorang warga Perancis serta Norway.

Empat penyelam warga asing menaiki bot berbumbung ini ke lokasi selaman di Pulau Tokong Sanggol hari ini. (Gambar Maritim Malaysia)
JOHOR BAHRU:
Empat penyelam warga asing dilaporkan hilang ketika menyelam di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, tengah hari tadi.

Pengarah Maritim Johor, Nurul Hizam Zakaria berkata pihaknya menerima maklumat melalui Pusat Penyelarasan Carilamat Maritim (MRCC) Putrajaya pada 2.35 petang mengenai empat penyelam warga asing tidak timbul selepas melakukan latihan selaman sekitar 12 tengah hari.

Beliau berkata, mangsa terdiri daripada seorang lelaki warga Belanda berusia 14 tahun, lelaki dari Britain berusia 46 tahun, wanita warga Perancis berusia 18 tahun dan wanita warga Norway berusia 35 tahun.

“Sehingga 4 petang ini, tiada sebarang penemuan mangsa terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nurul Hizam berkata, Op Carilamat diaktifkan pada 2.45 petang tadi melibatkan aset daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Jabatan Perikanan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.