33 kematian baharu Covid-19, 12,017 kes

33 kematian baharu Covid-19, 12,017 kes

Sebanyak 10 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) semalam.

Sebanyak 33 kes kematian Covid-19 direkodkan semalam dengan 10 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 33 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

KKM turut melaporkan 12,017 kes Covid-19 meliputi 11,958 penularan tempatan dan 59 kes import.

Daripada jumlah kematian itu, 10 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,160.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu lapan kes, diikuti Perak (enam), Kedah (empat), Sarawak (tiga), Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang dan Perlis (masing-masing dua) serta Pulau Pinang dan Kuala Lumpur (satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Sabah, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 171,172 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 234 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 131 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 20,431 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 4,268,486.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.