Agong, Permaisuri positif Covid-19

Agong, Permaisuri positif Covid-19

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tunku Azizah Maimunah Iskandariah masing-masing sedang menjalani kuarantin sehingga 7 dan 8 April ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah Sultan menjalani kuarantin sehingga 7 April manakala Tunku Azizah Maimunah Iskandariah sehingga 8 April. (Gambar Facebook Istana Negara)
PETALING JAYA:
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disahkan positif Covid-19.

Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan, Sultan Abdullah sedang menjalani kuarantin sehingga 7 April manakala Tunku Azizah sehingga 8 April.

“Perkenan baginda berdua menjalani kuarantin kendiri ini selaras dengan protokol dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi kes positif Covid-19 yang mengalami gejala ringan atau tidak bergejala.

“Seri Paduka Baginda berdua hanya mengalami gejala ringan, Kesihatan baginda berdua secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan,” katanya.

Katanya lagi, sempena dengan kedatangan Ramadan, baginda menyeru rakyat supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kawalan kendiri meskipun negara memasuki fasa peralihan ke endemik Covid-19, semalam.

“Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga baginda berdua dikurniakan kesembuhan dengan segera serta keafiatan berpanjangan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.