
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii dipilih sebagai Ketua Pemuda DAP (DAPSY) bagi sesi 2021-2023.
DAP, dalam kenyataan hari ini berkata, pemilihan Kelvin dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa DAPSY Kebangsaan di ibu pejabat parti di sini, semalam.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari Young Syefura Othman pula pilih sebagai timbalannya.
Jawatankuasa itu turut memilih empat naib ketua, iaitu Annun Nancy, Jason Raj Kirupanantha, Keristinah Phillip dan Teh Swee Leong.