
Selain itu beliau berkata, aktiviti makan dan minum di dalam stadium yang sebelum ini tidak dibenarkan, kini dibolehkan.
“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan stadium dan pusat kejohanan membenarkan penonton makan dan minum, selain kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dibenarkan masuk. Sudah tentu kelonggaran ini disambut baik oleh orang ramai.
“Namun prosedur operasi standard (SOP) memakai pelitup muka jika tidak minum atau makan serta penjarakan sosial perlu dipatuhi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Putrajaya Night Ride 2022, malam tadi.

Beliau berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan memperincikan lebih banyak kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam masa terdekat.
Terdahulu, Ahmad Faizal melepaskan kira-kira 200 peserta program yang menyertai aktiviti berbasikal serta larian santai sejauh 10 kilometer di sekitar Putrajaya.
Program inisiatif KBS itu bertujuan memperkasakan agenda pembangunan belia dan sukan menerusi gaya hidup aktif dan sihat, termasuk dalam kalangan penjawat awam.