
Beliau akan berganding dengan peguam Kamil Munim yang akan bertanding jawatan timbalan ketua Pemuda PKR.
Adam berkata, pasukannya yang dikenali sebagai Seangkatan, terdiri daripada tiga calon naib ketua dan 20 calon exco.
Tonton video di sini.
Beliau akan berentap dengan bekas aktivis pelajar, Fahmi Zainol untuk jawatan ketua Pemuda PKR.
Fahmi, yang juga ketua Pemuda PKR Pulau Pinang berkata, pasukannya terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat dan Ketua Pemuda PKR Melaka, Prasanth Kumar, masing-masing akan bertanding jawatan timbalan dan naib ketua sayap itu.
Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran turut berada dalam pasukan Fahmi dan akan bertanding untuk jawatan exco Pemuda.
Semalam, Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan beliau akan bertanding jawatan naib presiden.
Jawatan timbalan presiden PKR pula dijangka menyaksikan saingan antara Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail dan Naib Presiden, Rafizi Ramli, yang mengumumkan beliau kembali aktif dalam politik awal bulan ini.
Bekas Ahli Parlimen Pandan itu tewas di tangan bekas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam pemilihan parti 2018 dengan majoriti tipis. Jawatan itu bagaimanapun kosong selepas Azmin dan beberapa pemimpin lain meninggalkan parti itu susulan Langkah Sheraton pada Februari 2020.
Pemilihan PKR bagi sesi 2022 hingga 2025 dijadualkan berlangsung dari 13 hingga 18 Mei ini.