MetMalaysia uji siren amaran awal tsunami di Mersing hari ini

MetMalaysia uji siren amaran awal tsunami di Mersing hari ini

MetMalaysia menasihatkan penduduk di kawasan sekitar Menara Tanjung Mersing agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut.

MetMalaysia akan menjalankan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia di Menara Tanjung Mersing, Johor pagi ini.
KUALA LUMPUR:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan menjalankan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) di Menara Tanjung Mersing, Johor, pada 9.30 hingga 10.30 pagi ini.

MetMalaysia menerusi ciapan di akaun Twitternya menasihatkan penduduk di kawasan sekitar menara itu agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut.

Sebarang perubahan berhubung pelaksanaan ujian itu akan turut dimaklumkan kepada umum.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.