

Mary Lawlor, pelapor khas PBB mengenai pembela hak asasi manusia, berkata kerajaan belum menjawab surat yang dikeluarkan oleh sekumpulan pelapor mengenai nasib Zafar Ahmad Abdul Ghani pada Disember lalu.
Beliau berkata kurangnya maklum balas menimbulkan persoalan sama ada kerajaan mengambil serius perkara itu.
Zafar mengetuai mengetuai Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Malaysia (Mehrom). Dia hidup dalam ketakutan sejak April 2020 selepas pengguna media sosial mendakwa dia mendesak kerakyatan Malaysia untuk pelarian Rohingya.
Dia turut berdepan ancaman termasuk keluarga dan komuniti itu Zafar sendiri tidak meninggalkan kediamannya. Dia telah memohon untuk ditempatkan semula di negara lain tetapi tidak berjaya.
Lawlor berkata kerajaan belum menjawab permintaan untuk maklumat terkini mengenai laporan polis yang dibuat oleh Zafar, dan butiran mengenai langkah yang diambil untuk melindungi Zafar dan keluarganya.
“Ancaman sering menjadi pelopor kepada pembunuhan dan tanpa penyiasatan atau kutukan, pihak berkuasa memberi lesen kepada pelaku untuk meneruskan pelanggaran. Saya terus mempunyai kebimbangan serius untuk kesejahteraan Zafar,” kata Lawlor.
FMT telah menghubungi Wisma Putra untuk mendapatkan komen.