Biar pulih dulu, baru laksana gaji minimum, kata majikan di Sabah

Biar pulih dulu, baru laksana gaji minimum, kata majikan di Sabah

Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berkata kenaikan gaji minimum itu sebaik-baiknya diperkenalkan selepas semua perniagaan pulih.

Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berkata pelaksanaan gaji minimum baharu RM1,500 akan menentukan perniagaan yang masih kekal untuk menghentikan operasi masing-masing.
KOTA KINABALU:
Perniagaan di Sabah bimbang pelaksanaan gaji minimum RM1,500 akan memusnahkan banyak syarikat yang masih pun belum pulih daripada kesan akibat pandemik Covid-19.

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah Foo Ngee Kee berkata pelaksanaan mulai 1 Mei itu mungkin akan menjadi faktor penentu untuk segelintir perniagaan yang masih kekal untuk menghentikan operasi mereka.

Foo turut mewakili lapan lagi persatuan lain di Sabah termasuk Persatuan Perusahaan Kayu Sabah, Persatuan Perabot Sabah, Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah dan Persatuan Majikan Sabah.

“Kumpulan ini tidak membantah gaji minimum tapi buat masa ini, ia di luar kemampuan kewangan selepas terjejas akibat kesan pandemik.”

“Sebaik-baiknya kenaikan gaji itu diperkenalkan apabila perniagaan telah pulih dengan ketara supaya mereka mampu membayar kenaikan besar sebanyak 25% daripada kadar semasa RM1,200,” katanya.

Kesan limpahan ke atas syarikat lain

Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) akan dikecualikan daripada pelaksanaan gaji minimum baharu pada 1 Mei.

Bagaimanapun, pelaksanaannya terhadap syarikat besar akan mewujudkan kesan limpahan terhadap perniagaan kecil.

“Ia juga akan menyebabkan peningkatan kos bekalan kepada PKS dan membawa kepada tekanan inflasi yang akan menghakis kuasa beli pekerja, walaupun gaji mereka meningkat,” kata Foo.

Awal minggu ini, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Noh Omar berkata hanya syarikat besar saja yang perlu melaksanakan gaji minimum baru itu bermula 1 Mei.

Menteri itu berkata, kerajaan membuat keputusan untuk menangguhkan tarikh akhir bagi PMKS kerana mengambil kira kesan wabak Covid-19 ke atas perniagaan kecil.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.