SPM 2021 sesi kedua bermula 5 April hingga 19 Mei, kata KPM

SPM 2021 sesi kedua bermula 5 April hingga 19 Mei, kata KPM

Lembaga Peperiksaan KPM menetapkan peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua bagi calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan akibat Covid-19 dan banjir.

KPM berkata subjek yang terlibat adalah Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Ujian Amali Sains dan Ujian Bertulis. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Peperiksaan bagi calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan SPM tahun 2021 akibat Covid-19 atau terkesan bencana banjir akan dilaksanakan pada 5 April hingga 19 Mei.

Lembaga Peperiksaan (LP) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan subjek yang terlibat adalah Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Ujian Amali Sains dan Ujian Bertulis.

“Calon tersebut adalah yang disahkan positif Covid-19, perlu menjalani kuarantin seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Termasuk calon yang terkesan akibat banjir atau kes-kes khas yang mendapat kelulusan pengarah peperiksaan,” menurut kenyataan.

Dalam pada itu, LP turut mengingatkan semua calon yang terlibat agar menyemak, mengesahkan, dan mencetak Penyata Pendaftaran Peperiksaan masing-masing mulai 1 April.

Maklumat dan jadual waktu peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua boleh didapati di http://lp.moe.gov.my.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.