Pelajar IPT B40 boleh mohon tablet, komputer riba percuma, Menteri jamin peranti bukan ‘cap ayam’

Pelajar IPT B40 boleh mohon tablet, komputer riba percuma, Menteri jamin peranti bukan ‘cap ayam’

Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa memberi jaminan peranti yang akan diberikan nanti adalah berkualiti tinggi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa berkata bermula 15 April, kementerian akan membuka satu portal dalam talian, di mana pelajar termasuk di luar bandar daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) boleh memohon.
PETALING JAYA:
Semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), kolej swasta, politeknik atau kolej komuniti boleh memohon untuk mendapatkan tablet atau komputer riba percuma, bermula 15 April, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa.

Beliau berkata, sebanyak 450,000 peranti dijangka diedarkan tahun ini melalui tiga fasa pemberian dengan pengagihan, bermula Jun.

Katanya, kerajaan memahami kepayahan ibu bapa tidak berkemampuan untuk membeli peranti yang harganya mencecah ribuan ringgit.

Justeru, katanya, mulai 15 April, kementerian akan membuka satu portal dalam talian, di mana pelajar termasuk di luar bandar daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) boleh memohon, terutama sekali yang menerima tawaran masuk universiti atau sedang belajar di politeknik atau kolej komuniti.

“Beritahu mak dan ayah tak payah keluar duit beribu-ribu nak beli laptop (komputer riba) atau tablet..

“Mulai 15 April ini buat saja permohonan kepada kementerian secara online (dalam talian) dan kerajaan akan berikan tablet percuma,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau pada masa sama, memberi jaminan peranti yang akan diberikan nanti berkualiti tinggi dan bukannya peranti ‘cap ayam’.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 100,000 orang diperlukan untuk menjadi duta komuniti yang akan membantu penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) menjelang pembukaan sempadan negara dan dalam tempoh peralihan fasa pandemik ke fasa endemik, seperti diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Kita akan ambil serta-merta dan boleh keluarkan watikah. Jadi pada 1 April nanti apabila pergerakan dibenarkan seperti biasa, kita harap duta komuniti sudah ada dalam masyarakat.

“Untuk pusingan pertama, seramai 30,000 akan diambil dan dijangka mencecah 100,000 mengikut keperluan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.