Penyanyi nasyid ditahan disyaki terlibat kes dadah

Penyanyi nasyid ditahan disyaki terlibat kes dadah

Polis mengesahkan penahanan suspek dan akan membuat sidang media dalam tempoh terdekat.

Seorang lelaki yang juga penyanyi nasyid ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes berkaitan dadah di sebuah kondominium di Kota Damansara, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR:
Seorang penyanyi nasyid ditahan kerana disyaki terlibat kes berkaitan dadah di sebuah kondominium di Kota Damansara, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan lelaki berkenaan.

“Saya sahkan suspek ditahan dan polis akan membuat sidang media dalam tempoh terdekat mengenai perincian lanjut penahanan itu,” katanya hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.