
KUALA LUMPUR Sebanyak 1,239,194 individu, atau 34.9% populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Berdasarkan data di laman web COVIDNOW, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2,842,480 individu, atau 91.4% daripada kumpulan itu, telah lengkap vaksinasi, manakala 2,941,159, atau 94.6%, menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, seramai 22,941,756 individu, atau 97.5% populasi dewasa, telah menerima vaksinasi lengkap, manakala 23,217,449 atau 98.7% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Seramai 15,446,895 individu, atau 65.7% populasi dewasa, telah menerima dos penggalak.
Sebanyak 40,418 dos vaksin diberikan semalam, melibatkan 18,273 suntikan pertama, 1,709 suntikan lengkap dan 20,436 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi PICK meningkat kepada 68,418,688 dos.