Lebih 15 juta populasi dewasa terima dos penggalak

Lebih 15 juta populasi dewasa terima dos penggalak

Berdasarkan data CovidNow, sejumlah 25,782,213 atau 97.5% daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka.

Sebanyak 65.6% daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19 setakat semalam.
KUALA LUMPUR:
Sebanyak 15,425,524 individu dewasa atau 65.6% daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 25,782,213 atau 97.5% daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,216,630 or 98.7% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sebanyak 1,221,990 individu atau 34.4% kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,841,412 individu atau 91.3% daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,940,403 atau 94.5% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 46,039 dos diberikan semalam meliputi 13,256 dos pertama; 2,166 dos kedua dan 30,617 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,376,641.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.