3 warga Perancis sesat daki gunung di Cameron Highlands ditemui selamat

3 warga Perancis sesat daki gunung di Cameron Highlands ditemui selamat

Kesemua mangsa yang berusia 20 hingga 22 tahun itu ditemui pada kira-kira 5 petang oleh orang awam di salah satu laluan ke gunung berkenaan.

Kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun berada dalam keadaan keletihan, kata Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Shahrul Nizam Nasir. (Gambar Bomba)
CAMERON HIGHLANDS:
Tiga warga Perancis termasuk dua wanita yang tersesat semasa mendaki Gunung Berembun di Tanah Rata di sini ditemui selamat petang semalam.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Shahrul Nizam Nasir berkata, kesemua mangsa yang berusia 20 hingga 22 tahun itu ditemui pada kira-kira 5 petang oleh orang awam di salah satu laluan ke gunung berkenaan.

“Pasukan penyelamat membawa turun kesemua mangsa dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Shahrul Nizam berkata, kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun berada dalam keadaan keletihan.

Katanya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands dibantu oleh kakitangan Pejabat Perhutanan Daerah digegaskan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat selepas menerima panggilan daripada mangsa pada 4.56 petang semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.