
Beliau berkata, 86.2% daripada 65 kematian terbabit membabitkan individu yang belum menerima suntikan penggalak.
Katanya, kes BID di negeri ini didapati tinggi dan membimbangkan kerana 90% daripada yang meninggal dunia tidak tahu mereka dijangkiti Covid-19.
“Mereka memang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin, tetapi masih belum mengambil dos penggalak. Sekiranya ada individu mengalami simptom seperti demam, selesema dan sakit tekak sila lakukan ujian saringan Rapid Antigen Test Kits (RTK).
“Saya harap rakyat tidak ambil mudah mengenai keadaan ini. Sudah ada simptom tetapi tidak mahu buat pemeriksaan dan akhirnya menyebabkan kematian,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Hayati berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Pejabat Mufti Kedah dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dalam usaha memberi kesedaran mengenai kepentingan mengambil dos vaksin penggalak.
Katanya, masjid akan dijadikan platform untuk menyampaikan maklumat dan memberi kesedaran tentang kepentingan mengambil dos penggalak .
“Di Kedah, jumlah individu yang menerima suntikan penggalak sangat rendah terutamanya dalam kalangan orang Melayu.
“Saya tidak pasti kenapa, mungkin antaranya disebabkan berita tidak tepat yang tular di media sosial, sebab itu kita rasa masjid perlu mainkan peranan membantu mengajak orang ramai mengambil dos penggalak,” katanya.