65.3% dewasa terima dos penggalak

65.3% dewasa terima dos penggalak

Bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sebanyak 1,197,667 individu atau 33.7% kumpulan itu menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui PICKids.

Program vaksinasi harian semalam menyaksikan 56,585 dos diberikan meliputi 17,939 dos pertama, 1,728 dos kedua dan 36,918 dos penggalak.
KUALA LUMPUR:
Seramai 15,357,069 individu dewasa atau 65.3% daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan data di laman web COVIDNOW, sejumlah 22,937,707 atau 97.5% daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,213,875 atau 98.7% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, 1,197,667 individu atau 33.7% daripada kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,839,254 individu atau 91.3% daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,938,900 atau 94.5% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Program vaksinasi harian semalam menyaksikan 56,585 dos diberikan meliputi 17,939 dos pertama, 1,728 dos kedua dan 36,918 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,275,177.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.