Pekerja kilang maut terkena mesin bancuh simen

Pekerja kilang maut terkena mesin bancuh simen

Mangsa, Fenddy Asim, 19, dikatakan baru saja enam bulan bekerja di kilang yang terletak di Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Industrial Park itu.

Menurut polis, siasatan awal tidak menemui sebarang kesan jenayah di lokasi kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk ujian saringan Covid-19 sebelum proses bedah siasat dijalankan.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki maut selepas mesin pengadun membancuh simen yang sedang dibersihkan hidup secara tiba-tiba dalam kejadian di sebuah kilang mozek di Nusajaya, Johor Bahru, pagi semalam.

Mangsa, Fenddy Asim, 19, dikatakan baharu sahaja enam bulan bekerja di kilang yang terletak di Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Industrial Park itu.

Menurut Ketua Polis daerah Iskandar Puteri Dzulkhairi Mukhtar, kejadian berlaku pada 11.30 pagi.

“Mangsa sedang tunduk membersihkan bahagian dalam mesin pengadun namun secara tiba-tiba mesin itu berputar menyebabkan kepala dan bahu si mati terkena mesin.

“Rakan sekerja terus berlari ke arah suis mesin untuk mematikannya selain memanggil rakan sekerja lain untuk mengeluarkan mangsa dari dalam mesin itu.

“Mangsa didapati berlumuran darah di bahagian telinga dan kepala sebelum dibawa ke sebuah klinik di Taman Nusa Perintis, Gelang Patah. Namun doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, menurut laporan Berita Harian.

Dzulkhairi berkata, siasatan awal tidak menemui sebarang kesan jenayah di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk ujian saringan Covid-19 sebelum proses bedah siasat dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.