
Berdasarkan laman web CovidNoW, bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, 2,838,292 individu atau 91.2% telah melengkapkan vaksinasi Covid-19, setakat semalam.
Seramai 2,938,106 individu atau 94.4% daripada kumpulan itu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi dewasa, 15,317,615 individu atau 65.1% telah menerima dos penggalak Covid-19, 22,936,715 individu atau 97.5% daripada populasi sama melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,213,016 individu atau 98.7% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 51,798 dos vaksin diberikan meliputi 14,496 dos pertama, 2,055 dos kedua dan 35,247 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,214,783.