Terima kasih pengundi, kata Ismail selepas BN menang PRN Johor

Terima kasih pengundi, kata Ismail selepas BN menang PRN Johor

BN memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN dalam PRN Johor, manakala PH berjaya menawan 12 kerusi, Perikatan Nasional (tiga) dan MUDA (satu).

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan, jentera dan petugas yang bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN dalam PRN Johor.
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangannya pada pilihan raya negeri (PRN) Johor pada Sabtu.

“Tahniah Barisan Nasional di atas kemenangan dalam #PRNJohor,” kata Naib Presiden Umno itu dalam hantaran Facebook beliau malam tadi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi, kepimpinan, jentera dan petugas yang bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN pada PRN kali ini.

“Masa untuk kestabilan masa depan rakyat Johor!” katanya.

BN memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN Johor, manakala Pakatan Harapan berjaya menawan 12 kerusi, Perikatan Nasional (tiga) dan MUDA (satu).

DUN Johor dibubarkan pada 22 Jan lepas, manakala penamaan calon diadakan pada 26 Feb lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.