
Ini kerana keputusan PRN Johor malam tadi yang menyaksikan kemenangan BN dengan majoriti 2/3 menunjukkan rakyat memilih kestabilan masa depan, katanya yangn juga ketua gabungan negeri.
“Saya mengajak semua rakyat Johor, sama ada yang menyokong BN atau tidak, mari bersama-sama kita memakmurkan dan memajukan ‘rumah kita’ – Johor.
“Tiada lagi ideologi parti atau politik yang lebih penting. Kini masanya kita bersama bina Johor yang lebih makmur,” katanya dalam ucapan selepas BN diumum berjaya membentuk kerajaan negeri.
Selepas 12 hari berkempen, BN menang 40 kerusi daripada 56 DUN, meskipun dicabar oleh gabungan besar Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, serta parti Dr Mahathir Mohamad, Pejuang.