MUDA tak boleh berharap pada undian belia, kata penganalisis

MUDA tak boleh berharap pada undian belia, kata penganalisis

Penganalisis berkata keputusan itu membuktikan belia di negara ini tidak semestinya mempunyai corak mengundi berbeza, berbanding pengundi yang lebih berusia.

Pengundi muda tidak secara automatik memindahkan pilihan mereka kepada pembangkang atau MUDA, kata penganalisis.
PETALING JAYA:
Seorang penganalisis berpandangan prestasi MUDA dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor semalam, dengan memenangi satu kerusi, membuktikan pengundi muda tidak secara automatik akan memilih parti itu.

Bertanding buat pertama kali dalam pilihan raya sejak pendaftarannya secara rasmi pada Disember, MUDA menang satu daripada tujuh kerusi ditandingi menerusi Setiausaha Agungnya, Amira Aisya Abd Aziz, di DUN Puteri Wangsa.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania, berkata keputusan itu membuktikan belia di negara ini tidak semestinya mempunyai corak mengundi berbeza, berbanding pengundi yang lebih berusia.

“Parti yang sudah lama ditubuhkan masih mempunyai daya tarikan kepada pengundi muda, dan pengundi muda tidak secara automatik memindahkan pilihan mereka kepada pembangkang atau MUDA,” katanya.

Kegagalan MUDA untuk menang lebih banyak kerusi akan menimbulkan masalah kepada DAP dan Amanah, yang sudah memberi laluan kepada MUDA untuk bertanding di DUN Puteri Wangsa, Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Larkin dan Bukit Permai.

Kata Chin, keputusan semalam, membawa maksud bahawa MUDA tidak lagi mempunyai kekuatan politik untuk membuat rundingan kerusi menjelang PRU15.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.