
“DAP dan PH perlu memperbetulkan kelemahan mereka, terutamanya dalam menyampaikan kepada orang ramai tentang kesatuan pembangkang untuk menentang BN (Barisan Nasional) di bawah pendekatan ‘khemah besar’ PH.”
Keputusan rasmi PRN Johor menyaksikan PH sekadar memenangi 12 daripada 56 kerusi di negeri itu, manakala BN berjaya menawan 40 kerusi.
Mengenai prestasi partinya, Lim berkata, rekod prestasi baik yang ditinggalkan penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Senai, Tee Boon Tsong membuka laluan kepada kemenangan penggantinya, Wong Bor Yang.
“Di Yong Peng, calon kami adalah muka baharu, tetapi rekod perkhidmatan cemerlang Tee di Senai membantu calon baharu kami untuk menang dengan meyakinkan di sana,” katanya.
Tee tewas kepada calon MCA, Ling Tian Soon dalam pertembungan tiga penjuru di Yong Peng, selain seorang lagi calon Gerakan, Susan Yong.
Lim berkata, DAP dan PH akan terus membela kehidupan rakyat dengan memperjuangkan isu kenaikan harga barang, menolak cukai ke atas pendapatan sumber asing dan menentang cadangan kenaikan kompaun bagi pelanggaran SOP Covid-19.