
“BN tidak menang jika kami diberikan satu minggu lagi untuk berkempen,” beliau memberitahu wartawan di bilik gerakan Pakatan Harapan (PH) petang tadi, merujuk kepada tempoh kempen dua minggu yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini.
Keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan BN menang 42 daripada 56 DUN manakala Perikatan Nasional meraih tiga kerusi dan Pakatan Harapan menang 12 kerusi. DAP sendiri kecundang di empat daripada 14 kerusi yang ditandingi.
Meskipun pencapaian PN dan PH begitu suram, Lim mendakwa warga Johor semakin sedar mereka tidak boleh menyokong pemimpin kleptokrat, ungkapan yang sering digunakan untuk mengkritik pemimpin Umno seperti Najib Razak.
“Keputusan (PRN) ini menyerlahkan hakikat rakyat tidak mudah tunduk kepada propadanga negatif terhadap PH dan ia menunjukkan mereka mahu melihat perubahan di Johor dan Malaysia,” tambah beliau.
Beliau berkata PH akan mengkaji keputusan malam ini dan memperkukuhkan gabungan itu semula, khususnya di empat kerusi yang gagal dipertahankan DAP iaitu Yong Peng, Kukup, Paloh, and Pekan Nenas.
Lim mengucapkan tahniah kepada ketua DAP Johor, Liew Chin Tong, yang memastikan parti itu mengekalkan DUN Perling dengan majoriti besar untuk penggal kedua.