
Menerusi catatan Facebook hari ini, katanya, beliau akhirnya bersedia untuk meninggalkan arena penuh saingan itu selepas 25 tahun.
“Kini selepas 25 tahun yang hebat dalam sukan ini, saya akhirnya bersedia mengucapkan selamat tinggal daripada menjadi gimnas kompetitif,” katanya.
Katanya, walaupun telah bersara sebagai atlet, beliau akan tetap terus terlibat dengan dunia sukan.
“Gimnastik akan sentiasa menjadi sebahagian daripada diri saya, dan saya berharap dapat menyumbang kembali kepada sukan yang dicintai ini,” katanya.
Dalam hantaran itu, gimnas kelahiran Selangor itu turut mengucapkan terima kasih kepada setiap orang yang selama ini memberikan tunjuk ajar, sokongan dan kasih sayang kepadanya.
Pada Oktober lalu, Farah Ann mengumumkan berehat sementara untuk memfokuskan terhadap pemulihannya.
Ketika itu Farah Ann berkata mahu merancang serta membuat persediaan untuk pertandingan lain dan tidak terlalu menekan dirinya, supaya lebih kuat pada 2022.
“Saya masih belum pulih sepenuhnya daripada tekanan Olimpik Tokyo, dan merancang perlahan-lahan memulakan latihan di Majlis Sukan Negara sebagai persediaan untuk tahun depan,” katanya tahun lalu.