
Bagaimanapun, purata vaksinasi kebangsaan bagi kumpulan berkenaan masih jauh berbanding kumpulan umur lain.
Menurut data yang dikemas kini tengah malam tadi, sebanyak 60.6% kanak-kanak di Sarawak menerima dos pertama vaksin Covid-19.
Kadar vaksinasi kebangsaan bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun setakat 12 tengah malam tadi adalah 30.9%.
Negeri lain yang turut melepasi kadar kebangsaan adalah Melaka (42.5%), diikuti Pulau Pinang (40.6%), Johor (37.7%), Lembah Klang (37%), Negeri Sembilan (33.5%), Labuan (32.8%) dan Perak (32.3%).
Bagaimanapun, kadar vaksinasi bagi remaja berumur 12 tahun hingga 17 tahun di Sarawak menduduki keempat terendah, iaitu 90.5%, berada di bawah paras purata kebangsaan pada 91.1%.
Negeri lain turut merekodkan kadar vaksinasi rendah bagi golongan berkenaan adalah Pahang (85.3%), Kelantan (83.9%) dan Sabah (74.1%).
Bagi individu berumur 18 tahun ke atas, Sarawak merekodkan kadar vaksinasi sebanyak 90.9%, lebih rendah berbanding purata kebangsaan 97.5%.
Negeri lain yang turut merekodkan kadar vaksinasi rendah adalah Melaka (92.8%), Terengganu (91.9%), Kedah (88.5%), Perak (88.2%), Pahang (87%), Kelantan (79.9%) dan Sabah (76.8%).