Pengawal keselamatan maut, rakan cedera ditembak penjenayah

Pengawal keselamatan maut, rakan cedera ditembak penjenayah

Kejadian berlaku ketika kedua-dua pengawal keselamatan itu sedang membawa sejumlah wang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Abd Khalid Othman berkata, suspek yang menembak kedua-dua mangsa dipercayai berjaya meloloskan diri.
PETALING JAYA:
Seorang pengawal keselamatan maut manakala rakan sekerjanya cedera selepas ditembak dalam kejadian rompakan berdekatan sebuah bank di Puchong Prima, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Abd Khalid Othman berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua pengawal keselamatan itu sedang membawa sejumlah wang.

“Mereka dikatakan sedang mengawal van keselamatan berkenaan ketika kejadian.

“Suspek yang menembak kedua-dua mangsa dipercayai berjaya meloloskan diri,” katanya menurut laporan Kosmo.

Jelas beliau, maklumat lanjut berkenaan kejadian itu belum dapat dipastikan.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut sama ada kedua-dua mangsa hendak mengambil wang dari bank tersebut atau mengeluarkan wang dari van untuk dibawa ke bank di lokasi kejadian,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.