
Mengakui terdapat sejumlah rakyat Johor bekerja dan tinggal di Singapura, Khairy berkata, dakwaan itu tidak mempunyai asas sedangkan republik itu sendiri belum bersedia membuka semula sempadan mereka sepenuhnya.
“Walaupun kita sudah setuju buka bermula 1 April ini, dia (Singapura) belum setuju buka sempadan mereka, jadi di sini bukan salah kita, yang mana kita sudah bersedia, tetapi mereka kata belum sedia buka sepenuhnya sempadan mereka,” katanya dipetik Harian Metro.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mempersoalkan keputusan Putrajaya hanya membuka semula sempadan negara bulan depan berbanding sebelum PRN Johor pada Sabtu ini.
Khairy berkata, isu itu tidak patut dipolitikkan dan menggesa semua pihak memahami keputusan kerajaan dalam skop lebih luas untuk mempertimbangkan penularan Covid-19.
“Saya harap jangan dipolitikkanlah isu ini sebab mereka yang bangkitkan isu ini, termasuk Ketua Pembangkang, mungkin tidak faham situasi yang sedang berlaku.”
Seramai 2,539,606 rakyat Johor yang layak akan mengundi pada Sabtu ini. Terdapat 21,407 pengundi awal dan kertas undi sudah dihantar kepada 36,729 pengundi pos, termasuk mereka yang mendaftar di luar negara.