
Antaranya adalah calon PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir dan Bukit Batu, iaitu Naim Jusri dan Arthur Chiong; calon DAP bagi Pekan Nanas dan Jementah, Yeo Tung Siong dan Ng Kor Sim; dan calon Barisan Nasional (BN) Penggaram, Ter Hwa Kwong.
Chiong and Ter memberitahu FMT bahawa mereka menggunakan media sosial untuk berkempen dan meminta ahli keluarga mewakili mereka ketika jelajah mesra pengundi.
Chiong, yang disahkan positif hanya sehari selepas penamaan calon berkata, beliau banyak menghabiskan tempoh berkempen di rumah.
“Saya menjawab soalan yang diajukan melalui media sosial,” katanya, sambil menambah bahawa saudaranya membantu berkempen di lapangan sebagai ganti dirinya.
“Saya berada di rumah. Saya rasa lebih sihat dan telah makan ubat yang diberikan doktor.”
Ter, yang disahkan positif pada 4 Mac berkata, beliau terpaksa membatalkan semua program yang telah dijadualkan dan masih menjalani kuarantin.
Ini adalah kekangan yang besar katanya, namun yakin pengundi akan menyokongnya.
“Kami cuba menggiatkan kempen dalam talian dengan menyiarkan lebih banyak klip video dan siaran langsung,” katanya.
Pada PRN Sabtu ini, Ter berdepan Sia Wee Yet daripada Perikatan Nasional (PN) dan Gan Peck Cheng daripada DAP di kerusi Penggaram, manakala Chiong bersaing dengan S Supayyah (BN) dan Tan Heng Choon (PN) di Bukit Batu.
Kedua-duanya adalah antara kawasan majoriti Cina.