Nelayan, teman wanita warga Vietnam didakwa edar 260kg syabu

Nelayan, teman wanita warga Vietnam didakwa edar 260kg syabu

Ia dipercayai merupakan rampasan terbesar Bukit Aman pada tahun ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh. (Gambar Bloomberg)
KUALA LUMPUR:
Seorang nelayan dan teman wanita warga Vietnamnya didakwa mengedar methamphetamine seberat 260kg, dipercayai merupakan rampasan terbesar Bukit Aman tahun ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Adam Tan dan Nguyen Thi Kim Thanh, kedua-duanya berusia 30 tahun, selepas dihadapkan di hadapan majistret Wong Chai Sia.

Hanya Mahkamah Tinggi boleh mendengar pertuduhan itu dan membuat penghakiman kerana kesalahan itu membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Residensi Kiara Jalil di sini, pada 9.30 malam 24 Feb lalu.

Seseorang individu dianggap pengedar dadah sekiranya mereka memiliki methamphetamine atau lebih dikenali sebagai syabu seberat 50g dan ke atas.

Wong menetapkan sebutan kes itu pada 11 Mei ini bagi membolehkan laporan kimia dilengkapkan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Phulani Kaur, manakala peguam Kee Wei Lon dan Low Wei Loke mewakili kedua-dua tertuduh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.