Mahkamah benar pembelaan soal Leissner mengenai e-mel kepada Kimora Lee

Mahkamah benar pembelaan soal Leissner mengenai e-mel kepada Kimora Lee

Peguambela Roger Ng mahu membuktikan bahawa bekas pegawai bank Goldman Sachs Tim Leissner adalah 'pembohong yang licik'.

Peguambela Marc Agnifilo berkata, e-mel yang dihantar oleh Tim Leissner kepada Kimora Lee Simmons akan menyokong gambaran yang cuba ditunjukkan mengenai bekas pegawai bank itu. (Gambar AFP)
NEW YORK:
Bekas pegawai bank Goldman Sachs Tim Leissner boleh disoal mengenai e-mel tertentu yang dihantar kepada bekas isterinya Kimora Lee Simmons Leissner untuk menentukan sama ada dia adalah seorang “pembohong yang licik”,” kata hakim.

Perintah pada Isnin dalam perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Brooklyn terhadap Roger Ng yang didakwa bersubahat dengan Leissner berhubung kes 1MDB adalah satu kompromi – pihak pembelaan pada asalnya mahu menunjukkan e-mel itu kepada juri. Hakim Daerah Amerika Syarikat (AS) Margo Brodie memutuskan juri tidak boleh melihatnya.

Peguam Ng, Marc Agnifilo, menggunakan pemeriksaan balas terhadap Leissner untuk menyerang kredibiliti saksi utama kerajaan itu terhadap anak guamnya.

Leissner mengaku bersalah pada 2018 kerana membantu ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho atau Jho Low menyelewengkan berbilion dolar daripada 1MDB menyebabkan Ng menjadi hanya satu-satunya pegawai bank Goldman yang dibicarakan berhubung skandal itu.

Pendakwa raya berhujah bahawa e-mel itu tidak relevan kerana kebanyakannya dihantar selepas konspirasi 1MDB itu berakhir pada 2014 dengan berkata. ia mungkin mengelirukan juri.

E-mel palsu

Agnifilo berkata pada Isnin bahawa e-mel itu menyokong gambaran yang cuba di tunjukkan mengenai Leissner.

“Teori kami ialah dia adalah seorang pembohong yang licik, pembohong licik yang jarang ditemui”, kata peguambela kepada mahkamah selepas juri bersurai.

“Saya ingin menunjukkan kepada juri bahawa dia adalah seorang pembohong dan satu-satunya cara untuk juri memahami apakah yang dilakukannya terhadap anak guam kami dan tempoh masa dia melakukan perkara lain yang bersifat luar biasa dan licik.”

Agnifilo berkata, Leissner mencipta alamat e-mel palsu yang kononnya daripada isteri keduanya Judy Chan, yang digunakannya untuk berkomunikasi dengan teman wanitanya ketika itu, iaitu Simmons Leissner, malah menyamar sebagai Chan apabila dia menghantar mesej itu.

Peguam itu berkata, Leissner juga menggunakan nama Chan pada 2016 untuk membeli hasil seni yang diperoleh Low daripada penyelewengan 1MDB, walaupun AS telah melancarkan siasatan ketika itu.

Brodie berkata, Agnifilo boleh menyoal Leissner mengenai pembohongan itu untuk menunjukkan bahawa dia adalah saksi yang tidak boleh dipercayai.

Katanya, beliau juga telah menyemak beberapa e-mel lain yang dihantar oleh Leissner kepada Simmons Leissner untuk menentukan sama ada ia boleh digunakan dalam perbicaraan.

Terdahulu pada Isnin, Agnifilo cuba menggambarkan bahawa Ng sebagai diketepikan daripada beberapa mesyuarat dan perbincangan perjanjian antara Low dan Leissner, termasuk cadangan pengambilalihan gergasi perlombongan Brazil, Vale SA.

Beberapa perbincangan itu berlaku sekitar transaksi bon pertama dan kedua yang dikendalikan oleh Goldman untuk 1MDB pada 2012.

Leissner mengakui Ng tidak menghadiri kebanyakan mesyuarat dengan Low dan dia tidak ingat keadaan lain. Banyak tawaran yang dicadangkan tidak pernah menjadi kenyataan, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.