Berpeluk, langgar SOP ketika AJL36, 7 individu termasuk penganjur dikompaun

Berpeluk, langgar SOP ketika AJL36, 7 individu termasuk penganjur dikompaun

Semua individu berkaitan dipanggil bagi membantu siasatan kesalahan ketidakpatuhan SOP Fasa 4 PPN iaitu tiada penjarakan fizikal sebelum tawaran kompaun dikeluarkan.

Timbalan Ketua Polis Dang Wangi, Naazron Abdul Yusof berkata, kesemua mereka dikompaun mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) PPN 2021.
PETALING JAYA:
Tujuh individu termasuk penganjur majlis Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) dikompaun RM7,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 pada Ahad

Timbalan Ketua Polis Dang Wangi, Naazron Abdul Yusof berkata, kesemua mereka dikompaun mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) PPN 2021.

“Polis hari ini terkesan dengan satu gambar dimuatnaik portal berita memaparkan kumpulan individu sedang berpelukan di WTC. Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Dang Wangi kemudian mengesahkan kejadian itu berlaku pada majlis AJL, semalam.

“Semua individu berkaitan dipanggil bagi membantu siasatan kesalahan ketidakpatuhan SOP Fasa 4 PPN iaitu tiada penjarakan fizikal sebelum tawaran kompaun dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Naazron turut menasihati orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.