
“Tiga lagi kawasan yang masih terjejas akibat penutupan sementara bekalan elektrik oleh TNB adalah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Hotel Impiana KLCC dan Menara Perak.
“Bekalan terpaksa dihentikan sementara demi keselamatan pengguna,” katanya dalam kenyataan.
TNB berkata, pasukan teknikalnya giat menjalankan kerja pemulihan bekalan yang akan disalurkan secara berperingkat.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada apabila hujan lebat menenggelamkan pencawang TNB.
“Kesabaran dan keprihatinan pengguna semasa kerja baik pulih sedang berjalan amat dihargai.”
Untuk sebarang pertanyaan mengenai bekalan elektrik dan aduan berkaitan pencawang TNB, sila hubungi TNB CareLine di talian 15454 atau Facebook TNB CareLine.