
Ketua Polis Daerah Cheras, Muhammad Idzam Jaafar berkata anggota bomba dan penyelamat giat memotong dan mengalihkan pokok itu.
“Kita juga menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan pokok tumbang dan menghalang lalu lintas di Jalan Sri Permaisuri Bandar Sri Permaisuri pada 3.15 petang.
“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah berada di lokasi dan sedang mengambil tindakan mengalihkan pokok tersebut,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Idzam berkata, pihaknya turut menerima laporan berkaitan empat kenderaan tersangkut dalam banjir kilat di susur jalan berhampiran Menara PGRM, Kuala Lumpur.
Katanya, di pekan Salak Selatan pula dilaporkan air naik sehingga paras lutut dan lalu lintas untuk kenderaan ditutup buat sementara,
Beliau berkata, Jalan Chan Sow Lin dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 berhampiran Terminal Bersepadu Selatan turut dilaporkan dinaikkan air sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
“Warga kota dinasihatkan jangan keluar dan duduk dalam bangunan atau rumah kerana lalu lintas di sekitar Kuala Lumpur sesak ketika ini,” katanya.