
Kes itu adalah yang ke-12 direkodkan dalam negara tahun ini.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Azri Ahmad, berkata ia membabitkan seorang lelaki warga Indonesia berusia 48 tahun yang ditahan atas kesalahan dadah dan berkaitan imigresen.
Lelaki itu ditahan sementara di Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu.
Tahanan yang mengadu sesak nafas dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut, di mana dia meninggal dunia. Punca kematian masih belum diketahui.
Azri dalam kenyataan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
Kematian tahanan sebelum ini membabitkan seorang warga Myanmar yang meninggal dunia di Hospital Tanah Merah, Kelantan, pada 26 Feb kerana Covid-19.
Dia ditahan di Balai Polis Jeram Perdah, Pasir Mas, atas kesalahan berkaitan imigresen.