
Dalam serbuan itu, polis menemui pelbagai jenis dadah bernilai RM746,890 dan menahan dua lelaki masing-masing berusia 31 dan 34 tahun.
Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata modus operandi sindiket yang beroperasi sejak November lalu adalah menjadikan premis itu sebagai stor penyimpanan dadah untuk pasaran tempatan.
“Dengan tumpasnya sindiket ini, polis merampas dadah iaitu 1.7kg pil ekstasi, 1.35kg ketamin dan 7kg pil erimin 5,” katanya menurut laporan Kosmo.
Beliau berkata, polis turut merampas dua kereta, sebuah motosikal, wang tunai RM37,900 serta mata wang Singapura berjumlah RM16,340.
Kamarul Zaman berkata, semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod berkaitan dadah dan jenayah.
Katanya, dadah dirampas dalam operasi itu boleh digunakan untuk 43,295 orang penagih.
Semua suspek direman enam hari hingga Rabu ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.