Bekas ADUN Johor Lama keluar Bersatu kembali kepada Umno

Bekas ADUN Johor Lama keluar Bersatu kembali kepada Umno

Rosleli Jahari mengumumkan keluar parti selepas hilang keyakinan terhadap Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Najib Razak bersama Rosleli Johari ketika mengumumkan keluar Bersatu dalam klip video yang dikongsi dalam laman Facebook Najib Razak malam ini.
PETALING JAYA:
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama dari Bersatu, Rosleli Jahari mengumumkan keluar parti yang kembali semua kepada Umno, hari ini.

Pengumuman dibuat menerusi klip video yang dimuatnaik dalam laman Facebook Najib Razak hari ini.

Rosleli membuat keputusan keluar parti selepas hilang keyakinan terhadap Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin serta kepimpinannya.

“Saya dengan rendah diri mengumumkan keluar Bersatu. Saya akan memohon kembali kepada Umno, parti asal saya..kembali berjuang bersama Umno.

“Saya akan membantu calon yang bertanding atas tiket Umno/BN khasnya di Johor Lama. Tugas saya sebenarnya kepada Bersatu hanya selesai apabila Umno/BN ambil alih pentadbiran negeri Johor,” katanya.

Rosleli menang di DUN Johor Lama pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sebelum mengambil keputusan keluar Umno dan menyertai Bersatu.

Sebelum ini, dua bekas ADUN Bersatu, Mazlan Bujang (Puteri Wangsa) dan Mohd Izhar Ahmad (Larkin) juga meninggalkan parti itu dan menyokong Umno.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.