Enggan bersurai ketika kekecohan di Stadium Cheras, 2 lelaki ditahan

Enggan bersurai ketika kekecohan di Stadium Cheras, 2 lelaki ditahan

Kedua-dua suspek berusia 22 dan 23 tahun direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Ketua Polis Daerah Cheras, Muhammad Idzam Jaafar, berkata kedua-dua suspek berusia 22 dan 23 tahun direman tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
KUALA LUMPUR:
Dua lelaki tempatan ditahan kerana disyaki menghalang polis menjalankan tugas ketika tercetus kekecohan melibatkan penyokong selepas perlawanan bola sepak di Stadium Cheras dekat sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Muhammad Idzam Jaafar, berkata dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras mendapati beberapa penyokong bergaduh selepas menonton perlawanan di antara Kuala Lumpur City dan Selangor FC.

“Polis cuba meleraikan keadaan yang sedang kecoh dan telah mengarahkan kesemua beredar tetapi suspek tersebut tidak mengendahkan arahan yang diberikan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kedua-dua suspek berusia 22 dan 23 tahun direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi IPD Cheras atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kebakaran yang memusnahkan 52 kenderaan di sebuah blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai, berkata suspek berusia 31 dan 39 tahun itu masing-masing ditahan petang semalam di sekitar blok perumahan berkenaan.

“Kedua-dua lelaki itu direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api dan seorang daripadanya positif dadah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.