
Yeo berkata, beliau diuji negatif menerusi ujian kendiri, semalam, namun rasa tidak sihat. Beliau bagaimanapun menjalani ujian RT-PCR dan membatalkan semua aktiviti kempen.
“Sejak pagi tadi, saya hanya berada di rumah. Saya disahkan positif pada 6 petang. Saya segera menghubungi kontak rapat.
“Kami akan membatalkan semua aktiviti kempen, termasuk majlis langsung malam ini, termasuk ceramah terbuka dijadual pada esok,” katanya sambil menambah beliau hanya mendapat simptom ringan dan sudah menerima dos penggalak.”
Awal hari ini, calon Barisan Nasional bagi Penggaram, Ter Hwa Kwong, berkata beliau disahkan positif pagi tadi, sekali gus segala kempen fizikal turut dibatalkan.
Sebelum ini, calon PKR Bukit Batu, Arthur Chiong, juga disahkan positif, selepas empat hari kempen, manakala Pejuang mengumumkan penukaran calonnya, Zaini Tahar di bagi kawasan Endau, pada saat akhir, selepas disahkan positif.