
Ketua Polis Wangsa Maju Ashari Abu Samah berkata, polis membenarkan protes antiperang itu atas nama hak asasi manusia.
Beliau berkata, aktiviti sedemikian tidak dibenarkan di bawah Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) tetapi polis memahami bahawa wujud hal keadaan peringanan.
“Sebenarnya kita tidak benarkan protes memandangkan negara masih di bawah Fasa 4 (PPN) tetapi, pada masa sama, kita faham protes ini melibatkan hak asasi manusia.
“Jadi, jika ada sesiapa yang mahu mengadakan bantahan, sila maklumkan kepada polis terlebih dahulu supaya kita dapat menasihati mereka dan memudahkan acara itu,” katanya kepada pemberita.
Ashari berkata, antara syarat yang dikenakan kepada penganjur acara adalah bantahan tersebut tidak boleh diadakan tidak melebihi masa 20 minit.
Setakat ini katanya, tiga kumpulan – pelajar Ukraine, kakitangan kedutaan Ukraine dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) – telah mengadakan protes berasingan di hadapan kedutaan Rusia.
PSM adalah kumpulan terbaharu yang mengadakan protes terbabit.