
Linda, yang disenaraikan dalam dokumen Perbendaharaan AS memperincikan sekatan ke atas entiti Rusia, dijadualkan tiba di pelabuhan itu hujung minggu ini, menurut laporan Reuters semalam yang memetik data perkapalan.
Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan berkata, pengendali pelabuhan itu memutuskan untuk menolak hasrat kapal terbabit menurunkan sauh di sana “supaya tidak melanggar sebarang sekatan”.
“Kementerian akan terus memantau keadaan itu untuk tindakan lanjut yang mungkin diperlukan mengikut dasar kerajaan semasa.”
Menurut AS, Linda dimiliki PSB Leasing, sebuah unit pemberi pinjaman Rusia, Promsvyazbank, yang turut dikenakan sekatan antarabangsa.
Provsyazbank bagaimanapun menafikan anak syarikatnya memiliki kapal itu.
Sebuah kumpulan advokasi AS berkata, Linda turut disyaki membawa minyak Iran.
Semalam, Singapura mengecam serangan Rusia ke atas Ukraine dan mengumumkan kawalan eksport ke atas barangan yang boleh digunakan sebagai senjata di Ukraine, selain melaksanakan sekatan perbankan dan kewangan.