
Ini kerana, katanya, kuasa mutlak mengeluarkan kompaun ke atas individu melanggar SOP tanpa merujuk pihak lain adalah berbahaya dan boleh menjurus kepada penyalahgunaan kuasa.
Justeru, beliau mencadangkan kerajaan menubuhkan sebuah majlis untuk menentukan jenis kompaun dan denda yang perlu diberikan kepada pelanggar SOP.
Katanya, cadangan kenaikan kadar kompaun juga keterlaluan dan membebankan rakyat.
“Malah, cadangan hukuman penjara tujuh tahun (kerana melanggar SOP) bersamaan hukuman di bawah Akta 325 (menimbulkan kecederaan serius), Seksyen 363 (menculik), Seksyen 306 (untuk ugutan jenayah) Seksyen 379 (mencuri) dan Seksyen 393 (cubaan untuk mencuri).
“Saya tahu melanggar SOP adalah satu kesalahan, tetapi adakah kita perlu menghukum rakyat setakat itu dengan memperkenalkan kadar kompaun yang tidak munasabah?” soal Ahli Parlimen PAS itu ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat.
Beliau menggesa cadangan pindaan itu dikaji semula bagi mengelakkan ia membebankan rakyat.
Menurut rang undang-undang itu, seseorang individu boleh dikompaun sehingga RM10,000 berbanding RM1,000 sekarang, manakala entiti perniagaan boleh didenda maksimum RM1 juta.