
Penyedia perkhidmatan kewangan itu yang antara pemegang saham utamanya termasuk Khazanah Nasional Bhd, mengesan masalah itu berkaitan perkhidmatan kiriman wang pihak ketiga itu tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Abdul Rahman Ahmad dalam kenyataan yang mengesahkan laporan Bloomberg News.
Kumpulan itu kini mengambil langkah untuk mendapatkan semula transaksi duplikasi daripada pelanggan terlibat.
CIMB melaporkan pendapatan bersih RM4.3 bilion pada 2021, yang tertinggi sejak 2019, menurut data Bloomberg.
Bank Negara Malaysia meminta CIMB memberikan opsyen sewajarnya kepada pelanggan memulangkan wang berkenaan, kata Gabenor Nor Shamsiah Mohd Yunus pada 11 Feb lalu.
Katanya, bank pusat akan mengambil langkah serta tindakan penyeliaan sewajarnya ke atas CIMB, sekiranya terbukti berlaku sebarang pelanggaran undang-undang atau pengawalseliaan dalam insiden itu.
Kesilapan teknikal CIMB itu berlaku ketika bank di Asia Tenggara berdepan penelitian berhubung isu infrastruktur digital.
Disember lalu, kira-kira 790 pelanggan Oversea-Chinese Banking Corp di Singapura mengalami kerugian SGD13.7 juta (RM42.37 juta) akibat penipuan. Sebulan sebelum itu, ribuan pelanggan DBS Group Holdings Ltd tidak dapat mendaftar masuk ke platform dalam talian dan mudah alihnya.