Kapal tangki minyak Rusia disekat AS ‘dalam perjalanan ke Malaysia’

Kapal tangki minyak Rusia disekat AS ‘dalam perjalanan ke Malaysia’

Data pengesan kapal menunjukkan kapal dinamakan Linda itu dijangka tiba di Pelabuhan Sungai Linggi pada 5 Mac ini.

Kapal tangki minyak Linda yang didaftarkan di Rusia, dipercayai sedang menuju ke Malaysia. (Gambar Vesselfinder)
KUALA LUMPUR:
Sebuah kapal tangki minyak dengan bendera Rusia yang disasarkan sekatan Amerika Syarikat (AS) sedang menuju ke Malaysia, menurut data perkapalan pada Isnin, di tengah-tengah penelitian antarabangsa ke atas perniagaan dikaitkan dengan Moscos susulan pencerobohan di Ukraine.

Kapal dinamakan Linda itu, yang disenaraikan dalam dokumen Perbendaharaan AS yang memperincikan sekatan ke atas Rusia, berada di Lautan Hindi dan dijangka tiba di Pelabuhan Sungai Linggi pada 5 Mac nanti, menurut data laman web pengesan kapal, MarineTraffic.com.

Tidak jelas sama ada pihak berkuasa di Malaysia bercadang membenarkan kapal itu berlabuh. Jabatan Laut dan Kementerian Luar tidak memberi maklum balas terhadap permintaan untuk komen.

Menurut AS, Linda dimiliki PSB Leasing, sebuah unit pemberi pinjaman Rusia, Promsvyazbank, yang turut dikenakan sekatan antarabangsa.

Sabtu lalu, pihak berkuasa Perancis merampas sebuah kapal dinamakan Baltic Leader yang menurut mereka dimiliki PSB Leasing.

Promsvyazbank menafikan anak syarikatnya memiliki kapal itu dan berkata ia dibeli entiti lain sebelum sekatan dilaksanakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.