PRN Johor: Tony Pua bidas sekolah Cina pelawa Najib berucap

PRN Johor: Tony Pua bidas sekolah Cina pelawa Najib berucap

Sekolah Tinggi Foon Yew mempelawa bekas Perdana Menteri itu berucap di kampus Johor Bahru Jumaat lalu.

Lembaga pengelola Sekolah Tinggi Foon Yew mempelawa Najib Razak berucap di kampus Seri Alamnya Jumaat lalu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen DAP, Tony Pua membidas sebuah sekolah Cina terkemuka kerana mempelawa bekas Perdana Menteri, Najib Razak untuk berucap di kampus Johor Bahrunya.

Ahli Parlimen Damansara itu mengkritik lembaga pengelola Sekolah Tinggi Foon Yew kerana mempelawa “kleptokrat terkenal di dunia”.

“Lembaga pengelola sekolah itu menunjukkan contoh paling buruk untuk anak-anak kita,” tulisnya di Facebook hari ini.

Beliau berkata, mempelawa Najib berucap di sekolah itu menunjukkan kepada pelajar bahawa menipu, berbohong, mencuri dan menyalahgunakan kuasa boleh diterima.

Pua menuntut pengelola sekolah itu dipecat kerana “tidak berintegriti” dan gagal menunjukkan teladan baik kepada pelajar.

“Pendidikan sentiasa menjadi tumpuan masyarakat Cina. Tetapi jika ini adalah hala tuju pengelola sekolah, maka kita sedang menuju ke arah kemerosotan yang perlahan tetapi pasti dalam budaya serta maruah kita.”

Najib dikatakan berucap di Sekolah Tinggi Foon Yew kampus Seri Alam pada Jumaat lalu dan didakwa mempromosikan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Mac ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.